Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Daripada Delegasi The Hong Kong Polytechnic University (PolyU), Hong Kong SAR Ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

14 Ogos 2026, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada The Hong Kong Polytechnic University (PolyU).

Perbincangan yang berlangsung secara produktif telah meneroka potensi kerjasama dalam bidang strategik termasuk penyelidikan dan pembangunan, pengkomersialan teknologi, kecerdasan buatan, teknologi termaju, sains bioperubatan, kelestarian serta pembangunan bakat.
MOSTI diwakili oleh YBrs. Dr Balamurugan Nallamuthu, Bahagian Antarabangsa, MOSTI serta wakil daripada Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, MIMOS Berhad, Bioeconomy Corporation dan Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM).
Sesi turut membincangkan hasrat PolyU untuk membangunkan hab Inovasi di Malaysia, termasuk potensi jalinan dengan ekosistem STI negara.
MOSTI mengalu-alukan peluang untuk memperkukuh kerjasama strategik antarabangsa serta menerjemahkan penyelidikan dan inovasi kepada hasil yang berimpak untuk Malaysia.
Skip to content