Skip to main content
News

Sesi Sembang Santai Bil.14 / 2026

14 Ogos 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 14 telah berlangsung di Atrium Peterana dan dihadiri oleh warga MOSTI. Sesi Sembang santai dimulakan dengan Senaman X-Break sebagai usaha membudayakan gaya hidup aktif dan sihat.

Sesi perkongsian kali ini menampilkan Cik Nurul Irdina Farzana binti Zulkifly, pelajar tahun akhir Matematik dengan Ekonomi dari Universiti Malaysia Sabah yang telah menjalani latihan industri selama 6 bulan di Bahagian Kewangan, Seksyen Perolehan MOSTI.
Menerusi perkongsian bertajuk “Perspektif Seorang Intern Melihat Dunia Pekerjaan – An Experience, Learning and Growth”, beliau membawa warga MOSTI menyelami pengalaman seorang yang bergelar pelajar Latihan industri dalam mengenali dunia pekerjaan dari perspektif yang berbeza.
Antara perkongsian menarik ialah perbezaan antara jangkaan dan realiti dunia pekerjaan. Daripada menjangka kerja akan tersusun dan hanya perlu mengaplikasikan apa yang dipelajari, beliau mendapati dunia pekerjaan menuntut seseorang untuk sentiasa belajar, bertanya, menyesuaikan diri dan berdepan dengan situasi sebenar yang tidak semestinya sempurna.
Sepanjang 6 bulan, pengalaman beliau berkembang daripada mengenal, memahami, meneroka, mengaplikasi, memperbaiki dan akhirnya menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan.
Semoga pengalaman dan perkongsian Cik Irdina menjadi satu kenangan bermakna serta inspirasi buat warga MOSTI dan pelajar latihan industri yang sedang melangkah ke dunia pekerjaan.
Skip to content