Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Daripada Prof. Zhang Jin Cheng, Vice Chancellor Xidian University, People’s Republic of China

8 Ogos 2023, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada Prof. Zhang Jin Cheng, Vice Chancellor Xidian University, People’s Republic of China. Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI (Pembangunan Teknologi), Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS serta pegawai-pegawai kanan MOSTI, Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT).
Tujuan kunjungan delegasi dari Xidian University ini adalah bagi membuka peluang kolaborasi dalam industri semikonduktor dan mikroelektronik di antara MOSTI dan Xidian University dalam bidang pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi Kecerdasan Buatan (AI) dan Blockchain.
YB Menteri menegaskan kepentingan kolaborasi kedua-dua negara dalam merapatkan jurang di antara industri dan akademia dalam pengkomersialan R&D. Xidian University merupakan universiti terkemuka di China yang telah menjalin kerjasama rapat dengan pemain-pemain industri utama seperti China Electronics, China Aerospace, Huawei, ZTE, Ali dan Tencent yang dilihat berpotensi dalam merancakkan perkongsian teknologi dan kepakaran dalam kerjasama STI dengan MOSTI Malaysia.
Skip to content