Skip to main content
News

Bengkel Pemantapan Pengurusan Dana Pemacu MOSTI bersama Pemegang Taruh

9 Ogos 2023, Putrajaya – Bengkel Pemantapan Pengurusan Dana Pemacu MOSTI bersama Pemegang Taruh telah diadakan selama dua hari bermula 7 hingga 8 Ogos 2023 dan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.
Seramai 75 orang peserta telah hadir terdiri daripada Panel-Panel Pakar MOSTI, Agensi-Agensi Pelaksana dan Pemantau (APP), Agensi Pembiaya dan Bahagian-Bahagian di MOSTI.
Bengkel ini memberi fokus kepada peningkatan kemahiran dan kompetensi pegawai MOSTI dan pemegang taruh yang terlibat dalam tadbir urus pengurusan dana merangkumi skop tugas daripada permohonan, penilaian dan pemantauan.
Antara pengisian bengkel dua (2) hari tersebut adalah sesi perkongsian:
1. Prof. Ir. Dr. Aziz Hasan (Skop Penilaian Projek)
2. Dr. Chen Sau Soon (Pemantauan Teknikal Projek – Skop Teknikal)
3. Puan Mazrina Ariffin (Pemantauan Projek – Skop Kewangan)
4. Puan Fairul Azida Shahabudin, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D (Dasar Pengkomersialan Harta Intelek dan Rekacipta dibiayai Kerajaan 2021-2025 dan MySTI)
5. Puan Suzanne Tiyon Bimen, Unit Perundangan MOSTI (Pentadbiran Kontrak).
Bengkel tersebut turut mendapatkan cadangan penambahbaikan dari peserta untuk dipertimbangkan bagi memastikan tadbir urus dana dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Skip to content