Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Director-General of the Research Promotion Bureau, Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT) Jepun ke MOSTI

6 Mei 2026, Putrajaya – MOSTI hari ini menerima kunjungan hormat daripada Encik Takashi Fuchigami, Ketua Pengarah Biro Promosi Penyelidikan, MEXT Jepun, yang disambut oleh YBrs. Dr. Balamurugan a/l Nallamuthu, Setiausaha Bahagian Antarabangsa MOSTI,. Sesi ini menjadi platform buat kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai amalan terbaik serta pelaksanaan polisi AI termasuk perkongsian strategi “AI for Science” (2026–2030) oleh MEXT.
Strategi tersebut menyasarkan peningkatan lonjakan R&D sehingga 10 kali ganda melalui inisiatif utama seperti SPREAD-1000 dan ARISE serta integrasi teknologi robotik canggih seperti LabDroid Maholo bagi menyokong automasi eksperimen sains yang jitu. Selain itu, pengukuhan infrastruktur digital melalui rangkaian SINET dan superkomputer Fugaku, fokus turut diberikan kepada pembangunan 1,000 penyelidik AI berkemahiran tinggi dalam tempoh lima tahun bagi memacu ekosistem inovasi yang lebih mantap dan berdaya saing.
Perkongsian strategik ini amat signifikan dalam menyokong usaha MOSTI untuk terus memperkasa ekosistem AI Malaysia ke peringkat global. Hasil perbincangan turut mengenal pasti beberapa bidang kerjasama utama yang akan diterajui bersama, antaranya penyelidikan & pembangunan (R&D), pembangunan bakat, tadbir urus & etika AI, inovasi & pengkomersialan dan teknologi baru muncul.
Turut hadir dalam sesi ini adalah wakil daripada Bahagian Antarabangsa, Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, MIMOS Berhad serta wakil Kedutaan Jepun.
Skip to content