Skip to main content
News

Kunjungan Hormat KSU MOSTI Ke Atas Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD)

15 September 2023, Kuala Lumpur – Kunjungan hormat delegasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI ke Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) di Hotel Hilton, Kuching.

Rombongan telah disambut oleh YBhg. Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Ketua Setiausaha MEITD. Dalam pertemuaan santai antara MOSTI dan MEITD ini, beberapa topik berkaitan pembangunan Sains, Teknologi dan Invosi negara telah dibincangkan. Kedua-dua pihak turut berkongsi maklumat berkaitan kepakaran dan bidang kuasa Kementerian masing-masing dalam usaha untuk berkerjasama yang lebih rapat bagi program-program di masa hadapan.
Hadir sama YBrs. Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI, YBrs. Encik Mohd Safrie bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan YBrs. Puan Nur Azlin binti Mohamad Awal, Setiausaha Bahagian Kewangan MOSTI.
Skip to content