Skip to main content
News

Kunjungan Hormat KSU MOSTI Ke Pejabat MBOT

1 Oktober 2024, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI hari ini mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI.

Dalam perjumpaan tersebut, Presiden MBOT, YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, telah berkongsi mengenai fungsi dan peranan MBOT serta perkembangan terkini tentang pencapaian semasa dan inisiatif-inisiatif MBOT bagi tahun 2024. Pertemuan ini juga menjadi medium untuk menekankan beberapa isu utama MBOT seperti penguatkuasaan akta dalam memperkasa pengiktirafan teknologis dan juruteknik, memastikan ahli profesional MBOT lebih menyerlah, cadangan kolaborasi dengan pelbagai pihak berkepentingan serta memperkenalkan MBOT kepada pelajar-pelajar sekolah.
Turut hadir ialah Puan Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), pegawai-pegawai kanan MOSTI, Anggota Lembaga MBOT dan pengurusan tertinggi MBOT.
Skip to content