Skip to main content
News

Kunjungan Hormat NanoMalaysia Berhad kepada Ketua Setiausaha MOSTI

22 Julai 2026, Putrajaya – YBrs. Dr. Rezal Khairi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad (NMB) dan pengurusan kanan NMB telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Kunjungan ini bertujuan membentangkan hala tuju serta inisiatif terkini NMB dalam memperkasa ekosistem teknologi, inovasi dan pengkomersialan nanoteknologi negara selaras dengan aspirasi MOSTI untuk memacu pertumbuhan ekonomi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Turut hadir, Pn Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) dan YBrs. Dr. Nurul Asyikin bt Kamaruzaman, Penolong Pengarah (Pusat Nanoteknologi Kebangsaan).
Skip to content