Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Pengerusi Pihak Berkuasa Tenaga Atom China (CAEA), Republik Rakyat China Ke Atas YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

4 November 2026, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Pihak Berkuasa Tenaga Atom China (China Atomic Energy Authority, CAEA), Tuan Shan Zhongde di Agensi Angkasa Malaysia, Kuala Lumpur. Kunjungan tersebut turut disertai oleh Pengerusi Perbadanan Nuklear Kebangsaan China (China National Nuclear Corporation, CNNC), Tuan Shen Yanfeng bersama delegasi masing-masing serta wakil Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia.
Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk meneroka peluang kerjasama Malaysia–China dalam bidang penggunaan teknologi nuklear secara aman, khususnya berkaitan aspek keselamatan nuklear, kawalan sinaran dan kawal selia. Kerjasama ini berpotensi memperkukuh jalinan kerjasama saintifik serta menggalakkan penggunaan teknologi nuklear yang selamat, bertanggungjawab dan mampan demi manfaat kedua-dua negara.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Encik Hazreen bin Abdul Haleem, wakil Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T (TSA), Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI (PSTI), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Tenaga Atom serta Kementerian Luar Negeri.
Skip to content