Skip to main content
News

Pelaksanaan Program Literasi Psikologi (Ceramah Kesihatan Mental Di Tempat Kerja)

3 November 2026, Putrajaya – Bersempena dengan Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat MOSTI Tahun 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MOSTI telah melaksanakan program ceramah kesedaran berkaitan Kesihatan Mental di Tempat Kerja di Atrium Peterana, Blok C5.
Seramai 30 orang warga MOSTI telah menyertai ceramah ini yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Pau Kee, Pensyarah dari Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Perkongsian ini memfokuskan mengenai cabaran di tempat kerja yang mengancam kesihatan mental, 13 tingkah laku pekerja yang tidak menyumbang kepada kesejahteraan organisasi, perbezaaan antara stress dan burnout, isu berkaitan kesihatan mental yang kerap dilaporkan, keselamatan psikologi di tempat kerja serta aktiviti-aktiviti interaktif yang boleh dilakukan bagi menurunkan tahap tekanan di tempat kerja.
Semoga perkongsian yang disampaikan ini memberi manfaat kepada para peserta dalam memupuk kesedaran tentang kesejahteraan psikologi warga MOSTI.
Skip to content