6 Mei 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Prof. Dato’ Ts. Ir. Dr. Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib, FASc, Presiden Malaysia Board of Technologists (MBOT), hari ini. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar Malaysia Board of Technologists (MBOT).
Dalam pertemuan ini, YB Menteri berkongsi pandangan dan harapan agar kepimpinan baharu dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan presiden terdahulu di samping memperkukuh peranan MBOT dalam pembangunan profesional teknologis negara.
Presiden MBOT turut mengemas kini pelbagai inisiatif dan pencapaian semasa lembaga, termasuk usaha memperluas pendaftaran teknologis, memperkasa pembangunan kompetensi profesional, serta memperkukuh kolaborasi strategik bersama pihak industri dan institusi pendidikan.
MBOT juga menegaskan komitmen berterusan untuk menyokong agenda MOSTI dalam memacu inovasi, memperkukuh pembangunan bakat teknologis, serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi.




