Skip to main content
News

Kunjungan Hormat YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke atas YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

7 Mei 2026, Pulau Pinang – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang di pejabat beliau hari ini bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh agenda sains, teknologi, inovasi dan ekonomi berteraskan teknologi tinggi.
Kunjungan ini diadakan sempena penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai STI (MEXCO-STI) Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Pulau Pinang.
Pertemuan ini turut memberi fokus kepada usaha memperkasa ekosistem inovasi, pembangunan bakat tempatan, pengukuhan industri berteknologi tinggi serta penerokaan peluang pelaburan dan penyelidikan yang mampu memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
MOSTI komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama bersama kerajaan negeri dalam memacu Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi dan berdaya saing di peringkat global.
Skip to content