Skip to main content
News

Lapan Organisasi Terima Anugerah Kualiti Sirim pada Majlis SIRIM Industri 2013

By 2013-11-15#!31Mon, 14 Dec 2020 15:03:53 +0800p5331#31Mon, 14 Dec 2020 15:03:53 +0800p-3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 15:03:53 +0800p3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312020Mon, 14 Dec 2020 15:03:53 +08000330312pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 15:03:53 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 15:03:53 +0800p5331#/31Mon, 14 Dec 2020 15:03:53 +0800p-3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Dec 2020 15:03:53 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments

DSC_1685

 

PETALING JAYA, 15 Nov – SIRIM Berhad hari ini memberi pengiktirafan kepada lapan buah organisasi yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti dan produk yang cemerlang serta pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang menepati tahap standard kebangsaan dan antarabangsa, melalui Anugerah Kualiti SIRIM.

Anugerah yang julung kali diperkenalkan ini merupakan satu pendekatan positif bagi mendorong dan menggalakkan organisasi dari dalam dan luar negara yang telah mendapat pensijilan SIRIM untuk terus memberikan komitmen kepada penghasilan produk yang menepati keperluan pelanggan dan pengurusan yang cekap.

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Anugerah Kualiti Produk  dan  Anugerah Kualiti Organisasi, anugerah ini masing-masing terbahagi kepada empat kategori berdasarkan kepada nilai jualan tahunan organisasi.

Bagi Anugerah Kualiti Produk, organisasi yang telah berjaya mendapat pengiktirafan ini adalah:

  • Kategori 1 – Syarikat tempatan dengan nilai jualan tahunan melebihi RM 100 juta : Leader Cable Industry Berhad
  • Kategori 2 – Syarikat tempatan dengan nilai jualan tahunan di antara RM 25 juta sehingga RM 100 juta  : Mega Fortris (Malaysia) Sdn. Bhd.
  • Kategori 3 – Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM 25 juta : Tomher Industrial Sdn. Bhd.
  • Kategori4 – Kategori terbuka – Syarikat asing yang diperbadankan di Malaysia: R.G.E. Lighting Industries Sdn. Bhd.;

Penerima Anugerah Kualiti Organisasi  pula adalah:

  • Kategori 1 – Syarikat dengan nilai jualan tahunan melebihi RM 100 juta : Sunway Construction Sdn. Bhd.
  • Kategori 2 – Syarikat  dengan nilai jualan tahunan di antara RM 25 juta sehingga RM 100 juta : Ranhill Bersekutu Sdn. Bhd.
  • Kategori 3 – Syarikat  yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM 25 juta : Teckwah Paper Products Sdn. Bhd.
  • Kategori 4 –   Agensi Kerajaan : Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Anugerah Kualiti SIRIM berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin sempena dengan Majlis SIRIM Industri 2013 yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa, di sini. Turut hadir pada majlis tahunan itu ialah Pengerusi SIRIM Berhad, Datuk Hajah Jamaliah Kamis dan Presiden & Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dr Zainal Abidin Mohd Yusof.

Turut dilancarkan pada majlis itu adalah dua perkhidmatan baru oleh SIRIM QAS International, anak syarikat SIRIM Berhad, iaitu Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya (ISO 39001) (Road Traffic Safety Management System Certification Scheme) dan Skim Pensijilan IECEx berkaitan Kekompetenan Personel bagi Kawasan Mudah Meletup (IECEx Certification of Personnel Competence for Explosive Atmospheres).