Skip to main content
News

Lawatan Delegasi MEXCO-STI ke NIBM-IPHARM

7 Mei 2026, Pulau Pinang – Sebelum Mesyuarat MEXCO-STI Bil. 1/2026 pada petang ini, delegasi telah dibawa melawat ke National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) di Malaysian Institute of Pharmaceuticals and Nutraceuticals (NIBM-IPHARM), Gelugor, Pulau Pinang.
Antara pengisian menarik termasuklah melawat pameran penyelidikan & fasiliti terkini NIBM di samping sesi taklimat oleh YBhg. Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif NIBM dan dibawa melawat ke tapak ke 4 makmal utama – NPDC, PDRC, ARC & ETTC.
Fasiliti penyelidikan bertaraf dunia ini menjadi nadi dalam memperkukuh ekosistem bioteknologi, farmaseutikal dan nutraseutikal negarayang akan memacu kecemerlangan ekosistem STI negara.
Skip to content