27 Ogos 2026, Semporna – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan lawatan delegasi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Panglima Abdullah, Semporna, Sabah.
Ketibaan delegasi yang diketuai oleh Pengetua Sekolah, Hj. Dzulkifli bin Hj. Ali Basha, disambut mesra oleh Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI (PSTI) MOSTI, bersama barisan pentadbir sekolah, guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), serta kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Pengisian program dimulakan dengan sesi taklimat program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) MOSTI yang disampaikan oleh Bahagian PSTI, serta pendedahan mengenai Platform Sains Rakyat oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC). Kunjungan diteruskan dengan sesi lawatan ke ruang pertandingan Malaysia Techlympics bagi menyaksikan aktiviti praktikal dan aksi para peserta, sebelum diakhiri dengan kehadiran delegasi pada sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang peserta Malaysia Techlympics.




