Skip to main content
News

NICE 2026 Melabuhkan Tirai Dengan Pencapaian Membanggakan!

28 Ogos 2026, Kuala Lumpur – National Innovation & Commercialisation Expo (NICE) 2026 menutup tirainya dengan kejayaan merekodkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bernilai RM157.2 juta, sekali gus membuktikan keyakinan industri terhadap potensi inovasi tempatan.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, selepas tiga hari penganjuran yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri menegaskan bahawa impak NICE 2026 tidak berakhir di sini. Sebaliknya, penganjuran ini diharap terus menjadi pemangkin kepada pengkomersialan teknologi tempatan, memperluaskan pendedahan terhadap inovasi Malaysia dan membuka lebih banyak peluang ke pasaran global.
Programme #NICE26 berjaya menghimpunkan 9538 penyertaan dan pengunjung daripada pelbagai latar belakang ekosistem inovasi tempatan serta antarabangsa. Turut menampilkan 180 reruai pameran dan lebih 70 panel pakar industri serta pembuat dasar yang berkongsi pandangan mengenai hala tuju dan masa depan teknologi dunia.
Pencapaian kemuncak NICE 2026 turut merekodkan 23 pelancaran produk baharu serta 256 pelbagai sesi padanan perniagaan merentasi bidang HealthTech, Bioeconomy, DeepTech, dan Advanced & Future Industries.
Lebih daripada sekadar sebuah ekspo, #NICE26 menjadi platform yang mempertemukan penyelidik, inovator, industri, pelabur dan rakan strategik dalam mempercepatkan perjalanan teknologi tempatan daripada idea kepada penerimagunaan, pengkomersialan dan pasaran.
MOSTI kekal komited memperkukuh ekosistem inovasi negara melalui NICE akan terus menjadi platform pemangkin kepada kerjasama strategik, pengkomersialan dan penerimagunaan teknologi. Usaha ini penting bagi memastikan inovasi tempatan terus mencipta nilai dan berdaya saing di peringkat serantau serta global.
Skip to content