Skip to main content
News

Lawatan Kerja ke Rumah Hijau Gama (GGH)

23 Jun 2022, Dengkil – YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengadakan Lawatan Kerja ke Rumah Hijau Gama (GGH) yang terletak di Kompleks Dengkil, Agensi Nuklear Malaysia.

GGH ini berkeluasan 15 meter radius, dilengkapi dengan punca sinaran caesium-137 yang menghasilkan sinaran gama dos rendah. Di rumah kaca ini terdapat 15 garis bulatan atau isodose bagi menempatkan sampel tanaman dan beroperasi setiap hari selama 16 jam.

Selain daripada aktiviti penyelidikan, GGH ini menjadi tumpuan penyelidik, pelajar universiti serta pelatih-pelatih dalam dan luar negara bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di dalam pembangunan varieti baharu tanaman menggunakan teknik mutagenesis.

Dato’ Sri Dr. Adham turut mengadakan pertemuan dengan pakar-pakar bidang teknologi nuklear pertanian bagi membincangkan mengenai sekuriti makanan negara.

Skip to content