23 Ogos 2021, Selangor – Bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melawat PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor yang juga akan terlibat sebagai PPV inisiatif vaksinasi secara datang terus (walk in) untuk warganegara di Lembah Klang.
YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. KSU kemudiannya turut meninjau pelaksanaan PICK di PPV Institut Pengurusan Peladang Tanjung Karang.