Skip to main content
NewsCovid-19

Lawatan Kerja Oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bagi Meninjau Pengoperasian Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF)

By 2021-08-23#!31Tue, 24 Aug 2021 12:56:26 +0800p2631#31Tue, 24 Aug 2021 12:56:26 +0800p-12Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 24pm31pm-31Tue, 24 Aug 2021 12:56:26 +0800p12Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312021Tue, 24 Aug 2021 12:56:26 +08005612568pmTuesday=321#!31Tue, 24 Aug 2021 12:56:26 +0800pAsia/Kuala_Lumpur8#August 24th, 2021#!31Tue, 24 Aug 2021 12:56:26 +0800p2631#/31Tue, 24 Aug 2021 12:56:26 +0800p-12Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Tue, 24 Aug 2021 12:56:26 +0800pAsia/Kuala_Lumpur8#No Comments
23 Ogos 2021, Putrajaya – YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hari ini meluangkan masa melawat dan meninjau pengoperasian Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) yang terletak di Kompleks F, Putrajaya.
Semasa lawatan, YBhg. Tan Sri KPPA di iringi oleh YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI yang memberikan penerangan ringkas pengoperasian CITF. Turut dimaklumkan mengenai status vaksinasi penjawat awam, iaitu sebanyak 73.9% penjawat awam di Malaysia telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat 12 Ogos 2021.
Hadir sama YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan Puan Ruziah binti Shafei, Ketua Sekretariat CITF.
Penubuhan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bagi memastikan pengagihan vaksin dapat dibuat dengan sempurna. CITF bertindak sebagai Jawatankuasa Penyelaras dalam memantau rangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Struktur CITF menekankan kepada tindakan bersepadu pelbagai Kementerian dan Badan Kerajaan bagi memastikan PICK dapat dilaksanakan dengan kemas, lancar dan teratur dalam mencapai objektifnya.