5 Julai 2023, Selangor – Lawatan turun padang YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke Aerodyne Group yang terletak di Cyberjaya, Selangor.
Sesi lawatan Ini diadakan bagi mendapat gambaran dan laporan terus secara fizikal berkenaan pelaksanaan projek Aerodyne sebagai pembekal perkhidmatan dron yang dipacu kecerdasan buatan (AI) tempatan.
Hadir sama dalam sesi lawatan ini ialah YBrs Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), En Shahril Anas bin Hasan Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP, wakil daripada ICU, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Ekonomi serta dari wakil daripada Bahagian Dana dan Bahagian Pembangunan MOSTI.