Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBTM MOSTI Ke Pusat R&D DreamEDGE Sdn. Bhd.

5 Julai 2023, Selangor – Lawatan YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Pusat R&D DreamEDGE Sdn Bhd. Delegasi MOSTI telah disambut oleh YBhg. Datuk Khairil Adri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) DreamEDGE Sdn. Bhd.

Syarikat DreamEDGE Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2007 adalah merupakan sebuah syarikat berstatus Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). DreamEDGE merupakan sebuah syarikat tempatan dengan kepakaran dan kebolehan anak tempatan dalam pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian inovatif yang merangkumi pelbagai bidang industri seperti automotif, rel, perkapalan, tenaga, aeronautic, automasi dan pembuatan.
Selain itu, DreamEDGE juga terlibat dalam perkhidmatan untuk prototaip, robotic, IoT, Big Data, AI, IR 4.0, kandungan digital serta program pembangunan modal insan.
Skip to content