Skip to main content
News

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI)

9 Disember 2022, Selangor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan turun padang ke Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) bagi memantau pelaksanaan dan kemajuan projek pembangunan MGVI.
Platform turun padang juga merupakan medium terbaik bagi membincangkan isu atau permasalahan berkaitan.
Ketibaan YBhg. Datuk KSU di sambut YBhg. Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim, CEO NIBM Malaysia dan YBrs. Prof Madya Dr Mohd Ghows bin Mohd Azzam, Pengarah MGVI.
Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI dan Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, MOSTI.
DSC 8310            DSC 8263
Skip to content