Skip to main content
News

Sesi Clock In YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

12 Disember 2022, Putrajaya – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memulakan hari pertama di MOSTI dengan merakam waktu (clock in) di Blok C5, Kompleks C, Putrajaya hari ini.
Ketibaan YB Datuk Arthur disambut oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Ts. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan warga kerja Kementerian.
Beliau kemudiannya mengadakan pertemuan dengan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum menghadiri sesi taklimat mengenai MOSTI di Bilik Gerakan.
Selamat datang ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
DSC 8405         DSC 8433
IMG 2282         DSC 8414
Skip to content