5 Julai 2024, China – Lawatan kerja YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI ke ruang pameran Syarikat Wise AI, syarikat daripada Malaysia yang mendapat jemputan untuk menyertai Pameran World AI Forum di Shanghai mulai 4 hingga 7 Julai 2024. Kehadiran beliau disambut oleh En. David Lim, CEO Syarikat Wise AI.
Wise AI ialah syarikat AI (kecerdasan buatan) yang memenangi anugerah yang mengkhusus dalam teknologi identiti digital yang dioptimumkan untuk pengiktirafan wajah di ASEAN.
Wise AI juga merupakan syarikat pertama di Malaysia yang telah mencapai pematuhan NIST FRVT dengan teknologi pengecaman muka (face recognition)dan eKYC (electronic know your customer)
YBhg. Dato KSU turut meluangkan masa melawat pameran-pameran teknologi berkaitan AI serta berkesempatan melawat pameran kenderaan autonomous dan drone penumpang.
Selain itu, YBhg Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin meluangkan masa berjumpa Dr. James Ong, Pakar AI dari Malaysia yang kini merupakan penasihat antarabangsa kepada World AI Conference bagi membincangkan kerjasama-kerjasama yg boleh diteroka bersama MOSTI.