Skip to main content
News

Lawatan Kerja Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Institut Bioteknologi Kebangsaan (National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM))

Serdang, 24 Jun 2020 – Institut Bioteknologi Kebangsaan (National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM)) hari ini menerima kunjungan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Khairy Jamaluddin bersama Ketua Setiausaha Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir dan Timbalan Ketua Setiausaha YBrs. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada lawatan kerja rasmi YB Menteri ke semua agensi-agensi di bawah MOSTI.

NIBM adalah satu konsortium yang terdiri daripada tiga (3) institut; Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM). Antara peranan NIBM adalah untuk menetapkan keutamaan dan hala tuju aktiviti R & D, meningkatkan ekosistem R & D dan memacu Malaysia menjadi hab Bioteknologi global.

Delegasi MOSTI telah disambut oleh En Mohd Redzuan bin Mohd Sofian, Ketua Pegawai Eksekutif NIBM (KPE), Puan Azlina binti Abdul Ajis, Ketua Pegawai Kewangan NIBM (CFO), YBrs. Prof. Dr. Shahrul Hisham bin Zainal Ariffin, Pengarah MGI dan YBrs. Dr. Seetha Jaganathan King, Pengarah ABI. KPE NIBM telah memberikan penerangan mengenai fungsi, peranan, kepakaran, kemudahan dan khidmat yang disediakan, serta hala tuju NIBM dalam menerajui penyelidikan dan pembangunan bidang bioteknologi di Malaysia.

YB Menteri turut dibawa melawat ke pameran produk, pembentangan poster oleh saintis ABI serta lawatan ke Makmal Kultur Tisu dan Makmal Bioreaktor.