Skip to main content
News

Lawatan Kerja YB Menteri dan YB Timbalan Menteri MOSTI ke VentureTECH

Putrajaya, 18 Jun 2020 – YB Khairy Jamaluddin bersama YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim hari ini turut mengadakan sesi lawatan kerja ke #VentureTECH, sebuah syarikat pelaburan yang diberi mandat oleh Kerajaan untuk membangunkan syarikat tempatan yang berpotensi dalam industri bernilai tambah tinggi dan berteraskan teknologi terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan bagi meningkatkan pasaran di peringkat domestik dan global.

Sebagai sebuah syarikat pelaburan ekuiti berimpak (impact investor), #VentureTECH memberi penekanan kepada pembangunan industri tempatan dalam industri sasaran yang dapat menjana sosio-ekonomi kepada masyarakat umum, di samping menghasilkan pulangan komersil yang optima.

Pada sesi lawatan, YB Khairy dan YB Tuan Haji Ahmad Amzad turut menyaksikan pertukaran Perjanjian Pelaburan antara VentureTECH dengan dua buah syarikat tempatan, TXMR Sdn Bhd, sebuah syarikat kejuruteraan automasi dan robotik, dan juga ACME Chemicals (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang menyediakan teknologi rawatan air.

VentureTECH turut berkongsi usaha mereka dalam membangunkan syarikat-syarikat perintis tempatan yang dipacu teknologi dalam bidang nilai tambah tinggi khususnya dalam industri berteraskan-bio, industri baru muncul (emerging industry) dan industri hijau.