Skip to main content
News

Lawatan Kerja YB Menteri dan YB Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ke Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)

Putrajaya, 18 Jun 2020 – Lawatan kerja YB Khairy Jamaluddin dan YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim hari ini diteruskan ke Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

MIGHT merupakan sebuah agensi di bawah seliaan MOSTI yang memainkan peranan penting dalam mengembangkan teknologi tinggi di Malaysia melalui peranannya sebagai badan pemikir, pembangunan konsensus swasta-awam dan platform pemeliharaan perniagaan. Ini adalah organisasi yang dibangun berdasarkan kekuatan perkongsian awam-swasta dengan lebih daripada 80 ahli, tempatan dan antarabangsa, dari industri, kerajaan dan akademik

Delegasi turut di bawa melihat pameran teknologi tinggi dan Industri 4.0 oleh Rakan Industri dalam sektor Teknologi Tinggi dan mengadakan sesi interaksi bersama Rakan Jaringan Antarabangsa MIGHT dalam usaha memacu Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi.

Turut sama YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Dr. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI.