Skip to main content
NewsCovid-19

Lawatan Kerja YB Menteri ke Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Bagi Program Vaksinasi Golongan Ibu Hamil

By 2021-06-27#!31Mon, 05 Jul 2021 11:28:20 +0800p2031#31Mon, 05 Jul 2021 11:28:20 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 05am31am-31Mon, 05 Jul 2021 11:28:20 +0800p11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312021Mon, 05 Jul 2021 11:28:20 +08002811287amMonday=321#!31Mon, 05 Jul 2021 11:28:20 +0800pAsia/Kuala_Lumpur7#July 5th, 2021#!31Mon, 05 Jul 2021 11:28:20 +0800p2031#/31Mon, 05 Jul 2021 11:28:20 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 05 Jul 2021 11:28:20 +0800pAsia/Kuala_Lumpur7#No Comments
27 Jun 20121, Kuala Lumpur – Sejumlah ibu mengandung menerima vaksin COVID-19 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) hari ini.
YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Penasihat Hal Ehwal Kesihatan Awam Perdana Menteri meluangkan masa meninjau proses vaksinasi ibu mengandung hari ini.
Setakat ini, aplikasi MySejahtera telah menerima sebanyak 109,607 pendaftaran daripada golongan ibu mengandung di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 11,663 orang dijangka bersalin pada Ogos ini.
Berdasarkan panduan yang telah dikemaskini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, vaksin Astrazeneca dan Sinovac kini sesuai untuk diberikan kepada ibu yang sedang menyusukan anak dan yang sedang hamil antara 14 hingga 33 minggu.
Bagi yang telah mendaftar dan mengemaskini status kehamilan di MySejahtera, janji temu akan diberi secara berperingkat mengikut EDD anda.