Skip to main content
NewsCovid-19

MOT, MOSTI dan KKM Berkolaborasi Dalam Program Pemberian Vaksin Bagi Sektor Pengangkutan

By 2021-06-26#!31Mon, 05 Jul 2021 11:28:33 +0800+08:003331#31Mon, 05 Jul 2021 11:28:33 +0800+08:00-11+08:003131+08:00x31 05am31am-31Mon, 05 Jul 2021 11:28:33 +0800+08:0011+08:003131+08:00x312021Mon, 05 Jul 2021 11:28:33 +08002811287amMonday=321#!31Mon, 05 Jul 2021 11:28:33 +0800+08:00+08:007#July 5th, 2021#!31Mon, 05 Jul 2021 11:28:33 +0800+08:003331#/31Mon, 05 Jul 2021 11:28:33 +0800+08:00-11+08:003131+08:00x31#!31Mon, 05 Jul 2021 11:28:33 +0800+08:00+08:007#No Comments
Menteri Pengangkutan YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan YB Khairy Jamaluddin hari ini mengadakan Sesi Lawatan Tapak ke PPV Sektor Pengangkutan (Maritim) Pelabuhan Klang sempena Hari Pelaut Sedunia 2021.
Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sektor pengangkutan merupakan antara perkhidmatan perlu (essential services) yang terus beroperasi 24 jam 7 hari seminggu dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat selain memastikan pergerakan barangan dan penumpang tidak terjejas. Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Program Pemberian Vaksin bagi Sektor Pengangkutan meliputi ketiga-tiga sektor perkhidmatan iaitu maritim, udara dan darat.
MOT telah mendapat kelulusan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) pada 21 Jun 2021 bagi melaksanakan program pemberian vaksin kepada barisan hadapan sektor pengangkutan iaitu pelaut, petugas pelabuhan, lapangan terbang, pengangkutan darat serta rel yang melibatkan lebih dari 51,500 orang. Syarikat-syarikat pengangkutan yang terlibat dengan program ini akan menanggung secara bersama kos penyediaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Manakala bekalan vaksin diberikan secara percuma oleh Kerajaan.
Dalam hubungan ini, Program pertama pemberian vaksin sektor pengangkutan bermula dengan program Vaksinasi melalui PPV swasta sektor maritim yang dikendalikan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) di Dewan Kelab Sukan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Pelabuhan Klang, Selangor. Program ini akan melibatkan 10,000 pelaut dan petugas pelabuhan dan kapasiti pengendalian PPV ini adalah 1,000 orang sehari.
Program Pemberian Vaksin sektor pengangkutan ini akan diteruskan selepas ini melibatkan sektor pengangkutan udara yang akan bermula pada 5 Julai 2021 di Bangunan Terminal Utama KLIA dengan melibatkan 22,243 petugas lapangan terbang, kakitangan syarikat penerbangan dan petugas kargo.
Bagi sektor pengangkutan darat yang melibatkan pengangkutan awam darat, beberapa PPV turut akan dibuka di beberapa lokasi di seluruh negara bagi memastikan 19,259 petugas rel dan pemandu bas dapat diberikan vaksinasi dalam masa terdekat.
Di samping itu, MOT bersama pihak CITF sedang menyelaraskan program vaksinasi kepada pemandu teksi/ e-hailing, pemandu bas dan petugas penghantar barangan (p-hailing) seperti foodpanda dan Grab dengan jumlah keseluruhan dianggarkan 355,064 orang di seluruh negara.
Skip to content