Skip to main content
News

Lawatan Kerja YB Menteri ke Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

12 Oktober 2021, Selangor – YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini mengadakan lawatan kerja ke Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).
MTDC merupakan salah satu daripada agensi di bawah MOSTI yang terlibat dalam pengkomersialan dan pemindahan teknologi, inkubasi, pengurusan dana kerajaan berkaitan teknologi serta peningkatan kadar penerapan teknologi dalam syarikat-syarikat PKS tempatan.
Hadir sama YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI
Skip to content