Skip to main content
News

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYEG Services Berhad (MYEG) dan China Academy of Information and Communications Technology (CAICT)

By 2021-10-12#!31Wed, 13 Oct 2021 16:54:24 +0800p2431#31Wed, 13 Oct 2021 16:54:24 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 13pm31pm-31Wed, 13 Oct 2021 16:54:24 +0800p4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312021Wed, 13 Oct 2021 16:54:24 +08005445410pmWednesday=321#!31Wed, 13 Oct 2021 16:54:24 +0800pAsia/Kuala_Lumpur10#October 13th, 2021#!31Wed, 13 Oct 2021 16:54:24 +0800p2431#/31Wed, 13 Oct 2021 16:54:24 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Wed, 13 Oct 2021 16:54:24 +0800pAsia/Kuala_Lumpur10#No Comments
12 Oktober 2021, Kuala Lumpur – YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYEG Services Berhad (MYEG) dan China Academy of Information and Communications Technology (CAICT) bagi kerjasama dalam membangunkan ‘International Backbone and Supernodes to the Xinghuo Blockchain Infrastructure and Facility Outside of China’.
Kerjasama strategik ini akan memberi tumpuan kepada ekonomi digital, industri infrastruktur internet dan blockchain. CAICT adalah sebuah institusi penyelidikan saintifik di bawah Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China. Kerjasama ini akan mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-China khususnya dalam penggunaan teknologi 4IR – Blockchain, Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT), serta teknologi pengkomputeran awan dan analisis data besar (Big Data).
Majlis Menandatangani MoU ini diadakan secara dalam talian dengan MYEG berada di Malaysia dan CAICT berada di China serta turut di saksikan dan dipancarkan di Pavilion Malaysia #Expo2020Dubai. Hadir sama, YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Dr Norraesah Binti Haji Mohamad, Executive Chairman, MY E.G. Services Berhad dan Mr. Wong Thean Soon, Group Managing Director, MY E.G. Services Berhad.