Skip to main content
News

Lawatan Kerja YB Menteri MOSTI ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah

Kota Kinabalu, 10 September 2020 – Kembara STIE Sabah di teruskan dengan Lawatan kerja YB Khairy Jamaluddin ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah (KIMIA Sabah) Lawatan kerja ini adalah untuk bagi meninjau Projek Menaik Taraf Sistem Penghawa Dingin Berpusat dan Split di KIMIA Sabah yang merupakan salah satu projek di bawah projek RMK11.
Projek ini telah bermula pada bulan Jun 2020 lalu dan dijangka tamat pada Februari 2021 dengan mengambil masa selama 8 bulan. Projek ini melibatkan perubahan kepada rekabentuk sistem dimana ianya akan membekalkan udara segar ke kawasan makmal dengan suhu ditetapkan dengan menggunakan teknologi terkini.
Menyambut ketibaan deligasi YB Menteri adalah YBrs. Tuan Haji Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. En Wan Kamaruzaman bin Wan Ahmad, Pengarah KIMIA Sabah dan warga KIMIA Sabah. Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan STI), En. Nik Kamaruzaman bin Nik Husin, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan dan Pembudayaan STI) dan pegawai- pegawai kanan MOSTI.
Skip to content