Skip to main content
News

Lawatan kerja YB Menteri MOSTI ke Stesen Penerima Data Satelit (SPDS), Agensi Angkasa Malaysia di Temerloh, Pahang.

Pahang, 8 September 2020 – Lawatan kerja YB Khairy Jamaluddin ke Stesen Penerima Data Satelit (SPDS), Agensi Angkasa Malaysia – MYSA di Temerloh, Pahang. YB Khairy dan delegasi diberi taklimat mengenai fungsi SPDS dan pengoperasian sistem penerima data satelit serta berpeluang menyaksikan proses cerapan data satelit secara terus. Delegasi juga dibawa melawat ke semua fasiliti di SPDS.
SPDS berfungsi untuk melaksana operasi penerimaan data satelit remote sensing secara real-time, menjalankan kerja-kerja prapemprosesan dan pengeluaran data kepada pengguna serta merancang dan melaksana penyelenggaraan sistem penerimaan data satelit remote sensing.
Turut serta YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Setiausaha (P) dan YBrs. Dr. Noor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (S).
Skip to content