Skip to main content
News

Minggu Sains Negara (MSN) 2020 Peringkat Negeri Melaka Dengan Norma Baharu

Melaka, 10 September 2020 – Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Melaka hari ini dirasmikan oleh wakil Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Noor Effandi Ahmad, EXCO Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) – Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal & Vokasinal serta Sains & Inovasi di UTeM hari ini dengan mengadaptasi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu. Mengambil kira situasi semasa yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19, MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia – MYSA sebagai agensi peneraju MSN 2020 Peringkat Negeri Melaka bersama-sama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka dan rakan strategik iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM telah menjadualkan semula pelbagai program secara maya.
MYSA akan menganjurkan Pertandingan Rekabentuk dan Pembangunan Model Nano Satelit Peringkat Siswazah (SiswaSAT) 2020, Pertandingan Mereka Cipta Model Stesen Satelit Bumi untuk Pelajar Sekolah Rendah, Pertandingan Mereka Cipta Model Satelit untuk Pelajar Sekolah Menengah, Space Rocks, Pertandingan Astrofoto dan Aktiviti/Eksperimen Sains di Rumah. Antara program kerjasama MYSA dan UTeM seperti Smart Tani for Kids; Fun Coding: Scratch Game Design with Visual Coding, Learn C++ with Arduino: Line following for beginners dan Make A YouTube Channel: Animation and Storytelling for STEM yang diadakan pada bulan September hingga Oktober 2020
Tema Minggu Sains Negara ‘Keajaiban Sains/The Magic of Science’ adalah amat bertepatan dengan aspirasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengupaya sumber STI sedia ada mahupun yang akan datang bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berasaskan sains yang progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh. Dengan minda dan pemikiran rakyat yang kreatif dan inovatif, keajaiban sains boleh membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran sesebuah negara.
Minggu Sains Negara adalah sebagai satu platform MOSTI mendokong usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai saintis dan penyelidik pada masa hadapan. Cabaran industri 4.0 menuntut pembaharuan atau penemuan pelbagai teknologi dalam bidang seperti robotik automasi, penjanaan kuasa elektrik, artificial intelligence, virtual reality, augmented reality dan sebagainya. Pembudayaan Kembara STIE merupakan salah satu inisiatif Kementerian bagi membantu dalam menarik minat pelajar terhadap STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics).
Skip to content