Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke MIMOS Berhad

15 Disember 2022, YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini memulakan lawatan kerja ke MIMOS iaitu sebuah agensi di bawah MOSTI. Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) dan YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik.
Sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan nasional, MIMOS menyokong pewujudan dan pembangunan industri dalam bidang-bidang berkaitan ICT, Semikonduktor dan Mikroelektronik ke arah meningkatkan daya saing nasional. Peranannya juga mencakupi pembinaan kapasiti dan keupayaan serta penyediaan khidmat perundingan dan nasihat kepada Kerajaan dan industri. Sejak tahun 2005, MIMOS memainkan peranan penting sebagai pusat pembangunan tenaga kerja mahir dalam bidang-bidang teknologi berkaitan.
MIMOS juga diperkukuh dengan aktiviti R&D dalam bidang pengkhususan semikonduktor, mikroelektronik dan ICT. Aktiviti huluan yang bernilai tambah tinggi seperti rekabentuk litar sepadu (IC design), fabrikasi semikonduktor, pembungkusan maju (advanced packaging) dan embedded systems dirancakkan oleh MIMOS untuk memenuhi permintaan industri yang semakin kompleks disebabkan trend penggunaan Kecerdasan Buatan (AI), robotik, sensor dan bahan termaju.
Ketibaan delegasi MOSTI disambut oleh Pengerusi MIMOS YBhg. Dato’ Sri Ibrahim Ahmad, Ahli-ahli Lembaga Pengarah MIMOS, Presiden dan CEO MIMOS, YBRs. Dr. Iskandar Samad serta pihak pengurusan MIMOS Berhad.
Semasa sesi taklimat, MIMOS telah menyatakan komitmennya menyokong pembangunan negara di dalam sektor E&E dengan memainkan peranan utama dengan memartabatkan industri tempatan melalui teknologi, perkhidmatan dan pembangunan bakat.
DSC 8799         DSC 8744
DSC 8819         IMG 2364
Skip to content