Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI)

15 Disember 2022, Kuala Lumpur – Siri lawatan kerja YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke jabatan/agensi di bawah MOSTI di teruskan ke Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI). Ketibaan delegasi MOSTI di sambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Puan Dzuleira Abu Bakar.

MRANTI merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI yang berperanan untuk mempercepat penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi. MRANTI juga bertindak sebagai pemacu inovasi dan menerajui pemerkasaan inovator tempatan, selaras dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pengeluar teknologi menjelang 2030.
Hadir sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) dan YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik.
DSC 8563      DSC 8574
DSC 8602      DSC 8610
Skip to content