Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBTM MOSTI Ke Yayasan Inovasi Malaysia dan MIMOS Berhad

17 Januari 2023, Kuala Lumpur – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan kerja ke dua (2) lagi agensi di bawah MOSTI iaitu Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan MIMOS Berhad.

Lawatan bermula di YIM bagi memahami fungsi dan peranan YIM dalam memacu inovasi sosial dan akar umbi. Lawatan ini turut membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh YIM bagi tahun 2023 bersama inovator dan komuniti di seluruh Malaysia.
Sesi lawatan kerja kemudiannya diteruskan ke MIMOS Berhad. YB Datuk Arthur diberi penerangan mengenai peranan MIMOS dalam pembangunan teknologi negara.
Selain melihat sendiri teknologi yang dibangunkan oleh MIMOS dalam pelbagai sektor ekonomi, beliau dan delegasi turut di bawa melawat ke Pusat Teknologi Semikonduktor (STC) dan fasiliti penyelidikan yang terdapat di MIMOS Berhad.
DSC 1151   DSC 1161
DSC 1191   DSC 1177
Skip to content