Skip to main content
News

Penyerahan Surat Pelantikan Badan Berkanun/Syarikat Kerajaan Sebagai Agensi Pelaksana Program Pembangunan dan Mengurus Di Bawah Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) Untuk Tahun 2023

18 Januari 2023, Putrajaya – Pada hari ini telah diadakan Penyerahan Surat Pelantikan Badan Berkanun/ Syarikat Kerajaan sebagai Agensi Pelaksana Program Pembangunan dan Mengurus Di Bawah Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) untuk Tahun 2023.

Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dihadiri oleh semua ahli Pengurusan Tertinggi MOSTI.
YBhg. Datuk Ts. Dr KSU menegaskan agar agensi-agensi pelaksana meneruskan usaha dan fokus kepada penjanaan ekonomi rakyat serta pembangunan ekonomi negara. Semua agensi pelaksana juga hendaklah memastikan peruntukan pembangunan dan mengurus yang disalurkan dibelanjakan mengikut perancangan dan keutamaan semasa Badan Berkanun Persekutuan/Syarikat Kerajaan.
DSC 1321    DSC 1289
DSC 1285    DSC 1325
Skip to content