Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

15 Disember 2022, Kuala Lumpur – Lawatan kerja YB Chang Lih Kang diteruskan ke satu lagi agensi di bawah MOSTI iaitu Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). YIM merupakan sebuah agensi peneraju inovasi sosial yang menghubungkan badan akademik, industri dan masyarakat dan alam sekitar melalui terutama di kalangan akar umbi dan golongan B40.
Sebagai sebuah agensi di bawah MOSTI, dengan aspirasi menyemai dan membudayakan inovasi, YIM telah menggerakkan pelbagai inisiatif ke seluruh pelusuk Malaysia dengan menjejak inovasi akar umbi yang mempunyai nilai pasaran bagi meningkatkan pendapatan berterusan masyarakat bandar dan luar bandar melalui pendekatan inovasi sosial.
YIM juga berperanan dalam menyokong pembangunan inovasi akar umbi bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya kualiti kehidupan golongan B40 dan golongan M40 yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 dalam penciptaan sesuatu solusi dan idea inovatif kepada permasalahan sosial. Inovasi akar umbi turut memberi kepentingan dalam memelihara alam sekitar, mengurangkan kos dan kebergantungan kepada produk luar.
Ketibaan delegasi MOSTI disambut oleh YBrs. Dr. Sharmila binti Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIM. YB Menteri turut berkesempatan beramah mesra dengan kakitangan YIM dan inovator jemputan bersama produk inovasi masing-masing.
Hadir sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik dan YBrs. Encik Nik Kamaruzaman Bin Nik Husin, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI.
DSC 8632        DSC 8675
MG 9100        DSC 8690
Skip to content