Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBTM ke Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM)

By 2024-04-01#!30Sun, 07 Apr 2024 08:19:35 +0800+08:003530#30Sun, 07 Apr 2024 08:19:35 +0800+08:00-8+08:003030+08:00x30 07am30am-30Sun, 07 Apr 2024 08:19:35 +0800+08:008+08:003030+08:00x302024Sun, 07 Apr 2024 08:19:35 +0800198194amSunday=321#!30Sun, 07 Apr 2024 08:19:35 +0800+08:00+08:004#April 7th, 2024#!30Sun, 07 Apr 2024 08:19:35 +0800+08:003530#/30Sun, 07 Apr 2024 08:19:35 +0800+08:00-8+08:003030+08:00x30#!30Sun, 07 Apr 2024 08:19:35 +0800+08:00+08:004#No Comments

09 Mac 2024, Pulau Pinang -YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diiringi delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), di Halaman Bukit Gambir Pulau Pinang hari ini.

Sesi lawatan ini telah disantuni oleh YBhg. Prof. Datuk Wira Dr. Raha binti Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) NIBM, wakil Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T (TSA) MOSTI, Pengurusan dan warga kerja NIBM.
NIBM merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI yang terdiri daripada terdiri daripada tiga (3) institut iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) yang terletak di Serdang, Selangor, Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di Bangi, Selangor serta Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) di Halaman Bukit Gambir, Pulau Pinang.
NIBM menyokong Dasar Bioteknologi Negara (DBN 2.0) dengan menjalankan penyelidikan bioteknologi berasaskan permintaan (demand driven) dan misi (mission-oriented). Di samping itu, NIBM juga menawarkan khidmat Research Development & Innovation (RDI) dalam bidang Biosains.
Dalam lawatan kerja tersebut YB Timbalan Menteri dan delegasi telah diberi taklimat mengenai peranan, kepakaran, penyelidikan, kemudahan, perkhidmatan STI yang ditawarkan oleh NIBM. Fasiliti dan makmal penyelidikan di IPharm berkapasiti menyokong pembangunan produk farmaseutikal, herba dan perubatan tradisional sehingga tahap pendaftaran produk.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh KPE NIBM. YB Timbalan Menteri MOSTI juga dibawa melawat ke pameran serta Fasiliti Penyelidikan Haiwan (ARF).

 

 

Skip to content