Skip to main content
News

Sesi libat urus MyDigital ID

By 2024-04-01#!30Sun, 07 Apr 2024 08:17:57 +0800+08:005730#30Sun, 07 Apr 2024 08:17:57 +0800+08:00-8+08:003030+08:00x30 07am30am-30Sun, 07 Apr 2024 08:17:57 +0800+08:008+08:003030+08:00x302024Sun, 07 Apr 2024 08:17:57 +0800178174amSunday=321#!30Sun, 07 Apr 2024 08:17:57 +0800+08:00+08:004#April 7th, 2024#!30Sun, 07 Apr 2024 08:17:57 +0800+08:005730#/30Sun, 07 Apr 2024 08:17:57 +0800+08:00-8+08:003030+08:00x30#!30Sun, 07 Apr 2024 08:17:57 +0800+08:00+08:004#No Comments

07 Mac 2024, Kuala Lumpur – Ucapan pembukaan oleh YBhg. Datuk Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI sempena sesi libat urus MyDigital ID bersama institusi-institusi kewangan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 7 Mac 2024 bertempat di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.

Seramai lebih kurang 200 orang peserta daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan penyedia perkhidmatan teknologi kewangan (Fintech) terlibat dalam sesi libat urus tersebut.
Beberapa siri sesi libat urus melibatkan BNM telahpun dilaksanakan sebelum ini manakala beberapa siri sesi libat urus melibatkan institusi-institusi kewangan dijadual untuk diadakan dalam masa terdekat.
Inisiatif MyDigital ID akan menyediakan platform yang selamat, efisien dan dipercayai bagi rakyat Malaysia menjalankan transaksi dalam talian. Bagi peringkat permulaan, ia akan memudahcara serta mempertingkat tahap perkhidmatan kerajaan menerusi pengintegrasian MyDigital ID dengan aplikasi penyampaian perkhidmatan kerajaan. Penggunaanya akan diperluaskan dan akan menjadi pemangkin pertumbuhan aktiviti ekonomi digital negara.
Skip to content