16 Ogos 2024, Sabah – YB Timbalan Menteri MOSTI, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan ke Sekolah St Joseph, Papar Sabah bersempena Kembara Sains Borneo 2024 anjuran Pusat Sains Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Istimewanya lawatan kali ini, YB Timbalan Menteri MOSTI sendiri berpeluang merasai persembahan sains “Bara Membara” sebagai gimik permulaan acara.
Sehingga kini, seramai 12,178 pelajar telah merasai keseronokan pembelajaran sains dan teknologi melalui KSB 2024 bermula dari pengembaraan di daerah Lahad Datu hingga ke Papar Sabah. KSB 2024 menampilkan bas PSN Trooperz On The Move yang akan dibawakan khas oleh Pusat Sains Negara.
Pengembaraan KSB2024 ini melibatkan lebih 20 sekolah terpilih dan beberapa sekolah lain sebagai lokasi persinggahan dengan anggaran peserta yang menerima manfaat adalah seramai 20,000 orang.
KSB 2024 dianjurkan secara bersama oleh PSN, MOSTI dengan kerjasama padu mendapat rakan-rakan strategik yang terdiri daripada agensi Kerajaan dan swasta serta rakan penaja utama program, iaitu Hibiscus Petroleum Berhad.Kerjasama strategik antara Pusat Sains Negara dan Hibiscus Petroleum Berhad mencerminkan dedikasi dan komitmen sektor swasta dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk menyemarakkan pembudayaan sains, teknologi, dan inovasi (STI) dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Turut hadir, YBrs. Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian (Pembudayaan dan Perkhidmatan STI) MOSTI, YBrs. Encik Mohammad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara, Puan. Noraliza binti Basri, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Encik Bakri Bin Sudin, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan Encik Cyril Lijawa, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan St. Joseph Papar.