16 Ogos 2024, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta warga MOSTI turut bersama-sama ribuan penjawat awam di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XIX yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada pagi tadi di Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang mengantikan Sistem
Saraan Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 ini menuntut perhatian serius terutama dalam aspek tatakelola pelaksanaan aktiviti, projek, dan program Kerajaan.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini juga tertumpu kepada aspek mempertingkatkan produktiviti perkhidmatan awam, menangani pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup serta mengukuhkan kemampanan fiskal negara.