23 Disember 2024, Johor – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke projek SANTUNI MADANI di Kampung Tengah, Kluang Johor.
Program SANTUNI MADANI bertujuan meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui libat urus pemimpin bersama penduduk.
Antara projek yang dilawati oleh YBhg. Dato’ KSU MOSTI adalah Projek Tanaman Hidroponik yang telah siap sepenuhnya dan merupakan program CSR di bawah MDV.
Selain itu, projek- projek lain yang turut dilawati bagi menilai progres semasa adalah projek pembinaan Bangsal/Open Shed dan pembaikan Dewan Muafakat Kg Tengah di bawah pelaksanaan ICU, JPM.
Turut di lawati adalah projek Menaik taraf Tandas Lelaki dan Wanita Masjid Jamek Kg Tengah serta pemasangan awning di Dewan Muafakat di bawah pelaksanaan KKDW.
Hadir sama mengiringi lawatan ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Encik Rizal Fauzi; Setiausaha Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Zulhasmi Jamaluddin serta Pengerusi JPKK Kg Tengah Encik Maadon Rasidan.