Skip to main content
News

Lawatan Turun Padang KSU MOSTI ke MYSA

20 April 2026, Banting – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan turun padang ke Kompleks Teknologi Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Banting, Selangor. Lawatan ini bertujuan meninjau kemudahan fasiliti Teknologi Angkasa serta kemajuan pelaksanaan beberapa projek strategik.
Antara projek yang ditinjau adalah Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) dalam pembangunan CubeSat, stesen bumi dan kemudahan pengujian. Turut diberi perhatian kepada projek Penyelenggaraan Infrastruktur, Bangunan dan Peralatan yang kritiral serta projek Membina dan Memasang Pagar Keselamatan termasuk mengadakan Lorong Rondaan Luar dan Pondok Kawalan bagi memastikan kesiapsiagaan fasilit sentiasa optimum.
Ketua Pengarah MYSA turut menyentuh pencapaian dan hala tuju Dasar Angkasa Negara 2030 termasuk pembangunan satelit tempatan, pengukuhan ekosistem industri angkasa serta inisiatif penyelidikan dan inovasi dalam sesi taklimat kepada delegasi lawatan.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pemantauan berterusan MOSTI bagi memastikan pelaksanaan projek dilaksanakan mengikut perancangan serta mencerminkan komitment berterusan MOSTI dalam memperkasa sektor teknologi angkasa sebagai pemacu ekonomi dan kedaulatan teknologi negara.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, YBrs. Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI, pegawai-pegawai dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Ekonomi dan warga kerja MYSA.
Skip to content