Skip to main content
News

Majlis AIRBUS Industry Outreach Session & MOU Signing Ceremony bersama Aerospace Malaysia Innovation Centre (AMIC)

10 April 2025, Kuala Lumpur – Majlis AIRBUS Industry Outreach Session & MOU Signing Ceremony bersama Aerospace Malaysia Innovation Centre (AMIC) berlangsung dengan penuh bermakna, disaksikan oleh tokoh-tokoh utama termasuk:
Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid, Pengerusi Bersama MIGHT, TYT Duta Besar negara Sepanyol, Perancis, EU, Itali, Jerman, dan Republik Czech serta pemimpin industri, agensi kerajaan dan ahli akademik tempatan.
Sebelum majlis bermula, saya berkesempatan mendengar taklimat daripada AMIC mengenai keseluruhan peranan dan bidang tujahan mereka sebagai pusat inovasi aeroangkasa negara.
AMIC terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama antara industri, akademia dan kerajaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) aeroangkasa.
Kerjasama antara AIRBUS dan AMIC ini menandakan komitmen bersama ke arah penyelidikan dan teknologi penerbangan mampan, selaras dengan aspirasi Malaysia Aviation Decarbonization Blueprint (MADB) dan matlamat pembangunan mampan global.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat—AMIC, AIRBUS, MIGHT, CTRM, MARA dan rakan strategik lain!
Skip to content