29 November 2023, Putrajaya – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah hadir ke Majlis Anugerah Inovasi Teknologi Sukan 2023 dan Pelancaran Sandbox Teknologi Sukan 2023.
Berteraskan pendekatan menyeluruh dengan kerjasama pemegang taruh di pelbagai peringkat, Institut Sukan Negara (ISN) telah diiktiraf sebagai Sandbox Teknologi Sukan oleh National Technology and Innovation Sandbox dibawah MOSTI pada tahun 2021.
Sandbox Teknologi Sukan ini secara umumnya berperanan sebagai platform validasi, ujilari dan regulatori bagi pembangunan dan pengkomersialan produk dan program tempatan berkaitan teknologi dan inovasi sukan. Beberapa produk dan program yang menembusi pasaran industri telah berjaya dilaksanakan melalui sandbox ini.
Antara produk dan program tersebut adalah:
RevealDNA oleh Genomas Sdn. Bhd. yang melibatkan projek penjujukan genom bagi pengenalpastian bakat sukan;
Sebagai tanda sokongan dan memberi pengiktirafan kepada pemegang taruh yang telah menghasilkan produk/hasil inovasi teknologi sukan, majlis tersebut turut memberi pengiktirafan melalui Anugerah Inovasi Teknologi Sukan Kebangsaan 2023 yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2022.
The Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) telah menjadi sekretariat utama dan sehingga tahun ini, NTIS telah menerima sebanyak 729 permohonan lengkap bagi 40 kohort, meluluskan 191 permohonan di peringkat Jawatankuasa Pemilihan Eksekutif (ESC) di mana 98 permohonan telah diluluskan peringkat Jawatankuasa Kelulusan Dana Sandbox NTIS (AC) dengan dana sebanyak RM82.4 juta.
Majlis ini diserikan lagi dengan sokongan dan kehadiran YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta persatuan-persatuan sukan, rakan-rakan penaja, pemegang taruh dan wakil media.