Skip to main content
News

orum Perniagaan Muslim Global 2023 (Global Muslim Business Forum, GMBF) 2023

30 November 2023, Sarawak – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah menjadi salah seorang panel dalam Forum Perniagaan Muslim Global 2023 (Global Muslim Business Forum, GMBF) 2023 yang sedang berlangsung pada 28 sehingga 30 November 2023 di Pusat Konvesyen Borneo.
Sesi panel perbincangan telah mengupas isu-isu semasa inovasi di dalam dunia islam terutamanya peralihan kepada ekonomi hijau yang membuka peluang baharu kepada teknologi seperti hidrogen dan nuklear dalam membentuk masa depan yang mampan. YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan juga menekankan mengenai kepentingan konsep Collaboration, Co-Creation, Co-Location dan Co-opetition sebagai kriteria utama kejayaan pelaksanaan sebarang inisatif/program.
Forum GMBF 2023 merupakan anjuran kerajaan Sarawak bersama KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Dewan Perniagaan, Industri dan Pertanian Islam (ICCIA) serta Global One telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sesi forum ini melibatkan lebih 1,000 hadirin termasuk pemimpin global terkemuka dan lebih 60 penceramah tempatan dan asing terkemuka.
Forum ini diadakan bertujuan untuk merapatkan dunia Islam dengan menjalinkan hubungan khususnya di Timur Tengah, Asia dan dunia luar serta menggalakkan pelaburan dengan meneroka peluang pertumbuhan baharu antaranya melalui ekonomi hijau dan inovasi.
Skip to content