Skip to main content
News

Majlis Apresiasi Malaysia Techlympics

10 Februari 2023, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menzahirkan manifestasi penghargaan di Majlis Apresiasi Malaysia Techlympics kepada agensi pelaksana (MRANTI), rakan kolaborator Kementerian, wakil-wakil Kerajaan Negeri, Rakan korporat, rakan strategik, pihak media, peserta, ibu bapa dan semua yang terlibat atas sumbangan, kesungguhan dan dedikasi bagi memastikan kejayaan penganjuran Malaysia Techlympics 2022.

 

YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya melahirkan hasrat agar Malaysia Techlympics terus mendapat sokongan padu semua pihak bagi melahirkan lebih ramai inovator belia dan anak muda seterusnya menjadi game changer dalam memacu generasi muda melakar lanskap pembangunan sains, teknologi dan inovasi negara.
Mengimbas kembali lakaran kejayaan yang telah ditempa oleh Malaysia Techlympics. Sepanjang pelaksanaannya, program ini telah berjaya mencatat 1.03 juta penyertaan dalam kalangan pelajar dan belia berumur 7 hingga 30 tahun. Angka ini telah melepasi sasaran awal iaitu 1 juta penyertaan! Tambahan lagi, sebanyak 34.9 juta jangkauan digital di pelbagai rangkaian media sosial telah dicatatkan, jauh melepasi sasaran awal iaitu 15 juta.
Malaysia Techlympics berjaya melahirkan inovator muda yang celik STI dan berkebolehan untuk menghasilkan solusi, aplikasi dan produk berteknologi untuk masyarakat. Dari segi penciptaan idea, sejumlah 1,200 idea berpotensi yang dikumpulkan akan 5 dimajukan ke peringkat seterusnya. Kementerian akan terus menyokong para inovator dan inventor muda kita untuk mengambil langkah dalam mengembangkan penciptaan idea mereka.
Melalui program ini juga, kita telah berjaya berkongsi kepakaran dan ilmu pengetahuan melalui Latihan Tenaga Pengajar atau Training of Trainers kepada 5,800 orang guru di 66 buah sekolah yang melibatkan 34 buah lokasi seluruh Malaysia.
Penganjuran Program Malaysia Techlympics 2022 juga telah mencatatkan “Penyertaan Pelajar Terbesar dalam Pertandingan Sains, Teknologi dan Inovasi”. Mr Edwin Yeoh, Senior Records Consultant daripada Malaysia Book of Records telah menyerahkan Sijil Malaysia Book of Records tersebut kepada YB Chang Lih Kang.
Kejayaan ini adalah hasil usaha proaktif pelbagai pihak dalam melaksanakan jangkauan keterangkuman program di seluruh negara membabitkan enam (6) buah zon meliputi zon utara, zon timur Sabah, zon timur Sarawak, zon selatan, zon tengah serta zon timur yang seterusnya telah berjaya memperkenalkan program perdana ini sehingga ke peringkat akar umbi.
Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam Malaysia Techlympics 2022. Anda semua, luar biasa.
DSC 3543   DSC 3645
DSC 3652    DSC 3663
Skip to content