9 Februari 2023, Sabah – Ketua Pegawai Eksekutif, YIM turut menyertai delegasi lawatan kerja rasmi YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Kolej Vokasional Keningau, Sabah.
Lawatan ini antara lain ingin memupuk minat pelajar dan belia dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta melihat sendiri inovasi yang dibangunkan oleh pelajar dikolej tersebut.